Friday, December 24, 2010

Thursday, December 2, 2010

Program Cuti Sekolah Pd Tarikh 22 November hingga 9 Discember 2010

Pada 29 November hingga 9 Disember 2010 adalah akhir tahun cuti sekolah, saya telah mengadakan program cuti sekolah dan telah tetapkan tahun 2, 3, 4 dan 5 untuk menyertai program ini, setiap tahun 2, 3, 4 dan 5 hanya mengambil 21 hingga 26 orang pelajar. Masa adalah seperti berikut :

Hari Isnin
9.00pg -12.00tgh : Pelajar tahun 2 / 23 orang

Hari Selasa
9.00pg -12.00tgh : Pelajar tahun 3 / 26 orang

Hari Rabu
9.00pg – 12.00tgh : Pelajar tahun 4 / 21 orang

Hari Khamis
9.00pg – 12.00tgh : Pelajar tahun 5 / 24 orang


Dalam program cuti sekolah ini, saya telah memilih perisian Photoscape kepada semua pelajar belajar (edit) gambar, cara memasang webcam, dengan belajar cari perisian yang diingini dari internet dan cara (installing). Pada minggu kedua saya akan mengajarkan cara edit gambar dengan cara yg betul. Selepas belajar edit gambar, pelajar akan belajar (Upload) gambar kedalam Blog, Facebook dan lain-lain.

15 October hingga 12 November 2010

Bermula dari tarikh 15 October hingga 12 November 2010. saya memberikan latihan Microsoft Powerpoint dan Microsoft Word kepada pelajar, supaya pelajar dapat menguasai kemahiran menguna perisian yang dibelajar.

Tuesday, October 5, 2010

Kelas Pada 8 August Hingga 15 October 2010

Pelajar 1,2,3,4 dan 5, sambungan Latihan Microsoft Word/Excel

- Tajuk yang diberikan kepada pelajar adalah "A Visit To A Zoo" dan "Lagu Tanggal Tiga Puluh Satu Ogos". Pelajar perlu menaip isi kandungan, meletakkan gambar dan meletakkan latar belakang yang menarik kedalam hasil kerja mereka.

Belajar Perisian Microsoft office PowerPoint

- Saya memperkenalkan perisian Microsoft Powerpoint kepada pelajar dan menyediakan tajuk utk pelajar belajar menggunakan perisian ini. Pelajar perlu menggunakan perisian ini memperkenalkan 10 slide/jenis binatang, dan setiap slide perlu memasukkan Latar belakang(Slide Design), Gambar Binatang, menaipkan Perkataan, Custom animation/Slide Transition dan bunyi binatang dalam Clip Organizer.