Monday, February 22, 2010

Kelas Pd 25 January - 12 February 2010

Dlm 3 minggu ini,saya telah menyampaikan 3 Bab kpd tahun 1,2 dan 3.
Setiap kali memasuki Bab yg baru, saya akan memilih perisian yg sesuai
utk menyenangkan pelajar memahami kandungan Bab yg ingin disampaikan,
cthnya Bab Mouse Competency/Mouse Pad, saya telah memilih perisian
berwarna ( I Colour Too Animals 5 ), perisian ini dapat membantu pelajar
yg tidak mahir utk menggunakan Mouse. Dalam itu, pelajar perlu belajar
membezakan Left/Right Click dan cara Exit/End Program ini. Seterusnya
adalah Bab Keyboard(Qwerty Key) & Bab Keyboard(Typing Tutorial)Basic.
Saya menggunakan perisian Microsoft Office Word dan perisian Rapid
Typing utk belajar cara yg betul utk menaip dgn menggunakan Fungsi
Dlm Keyboard.

Bagi Tahun 4&5 pula, saya juga telah menyampaikan 3 Bab kpd pelajar.
Bab pertama Search Engine, saya menggunakan 3 Laman Web iaitu Web Google,
MSN & Yahoo utk pelajar belajar menggunakan fungsi yg terdapat di laman
web. cthnya dlm laman web Google terdapat pilihan seperti Web,Images,Maps,
News,Books,Translate dan Lain-lain. dlm masa yg sama saya juga telah
memperkenalkan beberapa laman web yg terkenal utk mencari maklumat
dan mengetahui kegunaan internet yg sebenar. Bab yg berikutnya File
Management, saya telah memesan pelajar menghasilkan satu File sendiri
dan 6 File utk 6 subjek pelajaran di sekolah. Akhirnya, dlm Bab
Introduction to Computer sofware, saya mengajar pelajar membezakan
tempat menyimpan SOftware iaitu Local Disk C/D.

Seperti biasa, setelah suatu Bab telah disampaikan, saya akan bertanyakan
beberapa soalan-soalan yg berkenaan Dgn Bab yg diajar utk menguji kefahaman
pelajar dlm Bab tersebut.