Tuesday, July 27, 2010

Kelas Pada 15 May hingga 30 July 2010

Untuk Pelajar Tahun 1, 2, 3, 4 dan 5 saya telah menyampaikan topik-topik seperti dibawah :
- Sambungan latihan Microsoft Office Word
- Belajar Perisian 3D Lanscape
- Memperkenalkan Microsoft Office Excel
- Belajar melayari Laman Web dan cari maklumat
- Latihan Microsoft Office Excel

Disebabkan saya ingin mencuba tahap pelajar menguasai kemahiran menguna perisian Microsoft Office, saya telah mengunakan topik yang sama untuk pelajar tahun 1 hingga 5. dan saya juga telah menyediakan latihan kepada pelajar untuk belajar teknik-teknik menguna perisian microsoft office supaya pelajar lebih senang memahami kegunaan/cara menguna perisian tersebut.

Contoh Latihan yang diberikan seperti :
Latihan Microsoft Word
- Menaipkan Surat permohonan Lawatan
- Menaipkan Karangan Faedah membaca
- Menaipkan Karangan Setiap orang pasti mempunyai berbagai-bagai Hobi
- Menaipkan Cerita The Magic Light
- Menaipkan Surat meminta Cuti

Latihan Microsoft Excel
- Menghasilkan Jadual yang mempunyai pengiraan, cara memasukan gambar dan
melukis Jadual.
- Menghasilkan Jadual Bulanan ( Calendar )
- Menghasilkan Jadual Perancangan Aktiviti Harian Pelajar

Monday, July 26, 2010

Program Cuti Sekolah Pada 7 June hingga 18 June 2010

Pada 7 June hingga 18 June 2010 adalah cuti sekolah, saya telah mengadakan program cuti sekolah. Disebabkan kekurangan masa untuk menyedia program ini, saya telah tetapkan tahun 3, 4 dan 5 untuk menyertai program ini, setiap tahun 3,4 dan 5 hanya mengambil 15 orang pelajar. Masa adalah seperti berikut :
Selasa
9.00 pagi -12.00 tgh : Pelajar tahun 3 / 15 orang

Rabu
9.00 pagi – 12.00 tgh : Pelajar tahun 4 / 16 orang

Khamis
9.00 pagi – 12.00 tgh : Pelajar tahun 5 / 15 orang

Dalam program cuti sekolah ini, saya telah memilih perisian Microsoft Office Pubished kepada semua pelajar belajar menghasilkan Kad ucapan hari bapa ( Father Day ). Selepas siap design, saya akan cetakkan kad itu kepada setiap pelajar. Perisian kedua yang dipelajari oleh pelajar 3,4 dan 5 adalah perisian Window Movie Maker, saya akan pesan kepada setiap pelajar memilih gambar binatang, Cartoon atau lain-lain untuk menghasilkan video dan menletakkan lagu yang disukai oleh mereka sendiri. Akhirnya program cuti sekolah ini dapat dijalankan dengan sempurnanya.